Mini Agro Tourism
Mini Agro Tourism merupakan salah satu inisetif pihak sekolah dalam mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Melalui Mini Agro Tourism ini, pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kemahiran untuk kegunaan pada masa hadapan.
Bengkel untuk memproses Mudball dan Baja Kompos |
Tempat menyimpan Mudball dan Baja Kompos yang telah dihasilkan oleh pelajar |
Sudut pengetahuan tentang Baja Kompos dan Mudball |
PROJEK MUDBALL
Projek Mudball ini telah dijalankan selama lebih kurang 5 tahun. Kelas-kelas yang terlibat dalam proses membuat mudball ialah Kelas aliran Sains Pertanian dan Sains Kemanusiaan bersama guru-guru mereka. Banyak kebaikan yang dapat diperolehi dalam melaksanakan projek ini. Salah satunya, pelajar dan guru dapat menimba ilmu dengan lebih mendalam tentang mudball .
Sila rujuk ruang 'Sudut Ilmu' untuk mengetahui cara membuat Mudball (AKAN DATANG)
Mudball yang telah dihasilkan oleh pelajar telah dicampak di Sungai Masai
Projek Baja Kompos
Jangan risau uolss. Baju sekolah pun boleh
Baja kompos ini dihasilkan dengan menggunakan sisa-sisa makanan yang dikumpul di kantin semasa waktu rehat. Baja kompos ini membantu pihak sekolah dalam membaja pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan di sekolah dengan hanya menggunakan baja organik. Baja kompos ini telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar kelas Sains Kemanusiaan.
Hasilnya..
Sila rujuk ruang 'Sudut Ilmu' untuk mengetahui cara membuat Baja Kompos (AKAN DATANG)
Terima Kasih
Pihak sekolah telah berkolaborasi bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam melaksanakan projek-projek ini. Pihak MPPG telah membantu pihak sekolah dalam membekalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat mudball dan baja kompos. Selain itu, pihak MPPG juga sanggup turun padang untuk memantau, mengajar dan memberi nasihat kepada pelajar dan guru dalam membuat mudball dan baja kompos. Terima kasih diucapkan :)
Jadual bertugas untuk mengendalikan projek fertigasi |
Antara gambar-gambar kawasan pemandangan di kawasan fertigasi
Projek Fertigasi ini telah diuruskan oleh guru-guru pertanian dengan pertolongan pelajar-pelajar aliran Sains Pertanian dan tukang kebun sekolah.
Fertigasi sekolah kami menanam pokok cili centil sebagai tanaman utama.
Kami juga menggunakan konsep hidroponik untuk menanam tumbuhan tersebut. Melalui projek ini, pelajar bukan sahaja dapat belajar tentang konsep hidroponik ini di dalam buku sahaja, malah mereka dapat mengaplikasikan pembelajaran mereka melalui projek fertigasi ini.
Selain itu, melalui projek fertigasi ini juga dapat memudahkan pelajar aliran Katering untuk mendapat sumber-sumber tanaman untuk digunakan di dalam proses pembelajaran.
Sila rujuk ruang 'Sudut Ilmu' untuk mengetahui Konsep Hidroponik (AKAN DATANG)
Taman Arnab ini telah membantu pihak sekolah dalam menghasilkan baja organik. Selaras dengan motif kami untuk mengamalkan gaya hidup hijau, kami mengalakkan tumbuhan dan pokok-pokok di dalam sekolah kami menggunakan baja organik.
Taman Arnab yang dipenuhi arnab-arnab comel ini juga telah menjadi salah satu tempat persinggahan untuk pelawat-pelawat apabila mengunjungi sekolah kami. Pelawat boleh memberi makanan kepada arnab-arnab tersebut dengan membeli makanan arnab dengan harga rm1.00 sepaket.
Penternakan ikan keli ini menjadi salah satu sumber pembelajaran untuk kelas aliran Katering dalam melaksanakan tugas amali mereka. Ikan keli ini telah diuruskan oleh pelajar dari kelas aliran Katering sendiri untuk mencuci dan membersihkan tempat penternakan.
Tong Kitar Semula di kantin |
Majlis Pembandaran Pasir Gudang (MPPG) telah menyumbang sebanyak 2 buah tong kitar semula di SMK Pasir Gudang. Tong tersebut diletakkan di belakang dewan dan di kantin. Tujuannya adalah untuk menggalakan pelajar mengamalkan sikap bijak menguruskan sampah. Bagi menggalakan lagi minat pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini, pihak sekolah telah mengadakan pertandingan mengikut kelas. Pelajar haruslah meletakkan barang kitar semula yang dibawa dari rumah ke mana-mana tong kitar semula dengan menulis nama kelas. Mana-mana kelas yang mendapat timbangan yang paling berat merupakan pemenang.
Pihak MPPG akan mengutip barang kitar semula itu pada setiap hujung minggu. Pelajar-pelajar yang telah ditugaskan untuk menjaga tong sampah ini ialah ketua-ketua pemimpin sekolah. Mereka juga akan turut serta membantu pihak MPPG menguruskan pengutipan barang kitar semula ini dan memastikan tong kitar semula ini sentiasa dibersihkan.
Sekian, serba sedikit yang dapat kami kongsikan tentang Mini Agro Tourism sekolah kami, jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, kami mengalu-alukan kedatangan tuan/puan/pelajar ke sekolah kami :) Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami melalui 'Direct Message' di Instagram atau E-mel kami ke ecoteamsmkpg@gmail.com
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjalankan semua aktiviti di atas. Kami amat menghargainya :)
Salam Hijau :)
Comments
Post a Comment